Thursday 23 July 2009

Muhasabah diri anda

Assalamualaikum..muslimin dan muslimat semua...=)

Pada hari Jumaat, penghulu segala hari ini, yaya terasa mahu berbicara tentang sedikit pkr2 yg boleh membawa kite kpd muhasabah diri..bukan pada hari ni saja..sebenarnya hari2 pun kite patut muhasabah diri..seperti kata Datuk Dr. Fadzillah Kamsah, malam2 sebelum nk tidur tu muhasabah diri kite dulu jgn asyik berangan(kata kt diri sendiri ni =P)..fikirkan ape amal yg kite dah buat sepanjang hari..ape jg pkr yg xsepatutnye kite lakukan sepanjang hr..selain tu maafkan kesalahan2 org2 disekeliling kite..InsyaAllah kite bangun tidur pada keesokan harinye akan lebih bersemangat utk memulakan hari kite..=)

Yaya ni bukan lah ustazah atau sape2 nk bercakap soal agama ni..jgn lah ade yg salah fhm pula ye..tujuan yaya adalah utk sama2 ingat mengingatkan di antara kite..hidup kite ni utk sementara je...dunia kite kejar..akhirat pun kite cari.."Carilah rezeki seperti kamu ingin menongkat dunia dan beribadahlah kamu seperti kamu ingin mati pada esoknya" Sedar xsedar hari ni dh 1 Syaaban..sekejap saja kite dh meninggalkan bulan Rejab dan sebulan sahaja lg mendekati bulan Ramadhan Al Mubarak..terasa begitu cepat masa berlalu..Alhamdulillah andai kite masih ada kesempatan utk terus menunaikan ibadah puasa, terawikh, zakat dan berbagai bentuk ibadah lg yg disunatkan sepanjang bulan mulia ini..sama2lah kite berdoa InsyaAllah..seperti jg bulan Ramadhan..bulan Rejab dan Syaaban jg mempunyai kelebihan2 nya yg tersendiri..ambillah peluang yg terbentang luas ini kerana tahun hadapan belum pasti lg bg kita..

Disini sini yaya sertakan sedikit maksud ayat dari surah Al Israa' bersempena Israa' Mikraj pd 27 Rejab..sama2 lah kite fahami dan beramal..


"Dan jgnlah kamu mengikuti apa yg kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. Dan jgnlah kamu berjalan di muka bumi ini dgn sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali2 tidak dapat menembusi bumi dan sekali2 kamu tidak akan sampai setinggi gunung. Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu." -Al Israa' (36-38)

Dan di bawah ni pula adalah beberapa kelebihan dalam bulan Syaaban yg bermula pada hari ini dan jg kelebihan malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban)..selamat beramal...

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.


Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN:

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. Maksud doanya:

Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. (La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)

Membaca Al-Quran.

Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim)

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)

Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.

Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

sumber:http://daawah.com/links/islamharisyaaban.html

3 comments:

Anonymous said...

yaya....good msg to share wif...thanks...

madi...

yaya said...

welcome dear..we share the knowledge and we spread..=)

OppA said...

:-) thanx my dear....we do need to remember the Greatest...